Random post

Home » » Pendirian Chong Wei, Koo-Tan diuji

Pendirian Chong Wei, Koo-Tan diuji




Utamakan emas Olimpik atau RM3j Piala Axiata


'KEPALA' pegawai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) harus pening lagi selepas ini!
Selepas penyertaan Lee Chong Wei dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dalam kejohanan antarabangsa menjelang Sukan Olimpik sudah diputuskan dalam usaha memastikan emas berada dalam genggaman, tetapi adakah mereka akan menghormati segala keputusan berkenaan?
Ya, kami sedar mengenai pertandingan itu tetapi kami belum membuat apa-apa keputusan. Lagi pun, kami tidak tahu apakah syarat dan kriteria kejohanan itu. - Kenny Goh, Pengurus Besar BAM
Ini kerana secara tiba-tiba terdapat Kejohanan Jemputan Piala Axiata, kejohanan berpasukan membabitkan rantau Asia Tenggara yang sama seperti format Piala Thomas akan dianjurkan Mac dan April ini yang memungkinkan Chong Wei dan pasangan emas diwajibkan menyertainya.

Apa lagi, kejohanan pertama kali dianjurkan ini difahamkan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai AS$1 juta (RM3 juta) dengan Malaysia dan Indonesia diwakili dua pasukan, manakala Thailand, Filipina, Vietnam dan Singapura menghantar satu pasukan. 

Pengurus Besar BAM, Kenny Goh bagaimanapun tidak mahu mengulas mengenai kejohanan itu dengan alasan pihaknya belum mendapat sebarang maklumat mengenainya.

“Ya, kami sedar mengenai pertandingan itu tetapi kami belum membuat apa-apa keputusan. Lagi pun, kami tidak tahu apakah syarat dan kriteria kejohanan itu,” katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa program BAM-Majlis Sukan Negara (MSN), semalam. 
Sementara itu, Pengarah Cawangan Elit MSN, Ariffin Mohd Ghani yang mempengerusikan mesyuarat berkata, pegawai BAM tidak membangkitkan mengenai kejohanan itu.

“Tapi saya harap kajian menyeluruh dilakukan sebelum sebarang keputusan mengenai penyertaan Chong Wei dan Kien Keat-Boon Heong dalam kejohanan jemputan itu,” katanya. sumber:beritaharian

0 comments:

Post a Comment

Fb Like

Followers

Blogged.my