KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan akan menyemak semula borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi pemohon yang mengemukakan rayuan.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, semakan itu bertujuan memastikan pemohon yang benar-benar layak tidak terlepas daripada menerima bantuan wang tunai sekali bayar sebanyak RM500 itu.
"Sebanyak 900,000 permohonan tidak dapat kelulusan kerana kesalahan teknikal seperti gagal kemuka borang permohonan lengkap dan ada juga yang ditolak kerana proses awal mendapati pemohon tidak layak.
"Bagaimanapun kita akan semak setiap permohonan ini dengan syarat pemohon terbabit mengemukakan rayuan kepada kementerian Kewangan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Pemberian BR1M diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2012 Oktober tahun lalu membabitkan pengagihan wang tunai sekali bayar RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah.
0 comments:
Post a Comment