Random post

Home » » Cosmo eksploitasi kanak-kanak

Cosmo eksploitasi kanak-kanak



BAWAH UMUR... kulit majalah memaparkan Elle Fanning, 17 tahun dengan tajuk utama berbau seks.
DUNIA mungkin terletak di bawah tapak kakinya, tetapi aktres Dakota Fanning kini terpaksa berdiri di tengah-tengah kontroversi yang semakin hebat diperkata.
Muka depan majalah Cosmopolitan edisi AS semasa, yang memaparkan gadis berusia 17 tahun itu, menyebabkan kritikan hebat kerana meletakkan aktres bawah umur bersama barisan tajuk utama yang berbau seks.

ia berpendapat majalah itu mempunyai agenda pornografi, dan kesalahan terbesar mereka merupakan barisan tulisan di sebelah wajah aktres remaja yang tersenyum itu, “Seksnya Yang Terhebat - Lelaki Bercerita Aksi Tidak Boleh Dilupakan” dan “Tak Boleh Diceritakan Di sini! Tetapi Anda Harus Mencuba Aksi Seks Ini.”
Kini, seorang model penganut Kristian turut bersama mengkritik dan memulakan petisyen supaya majalah itu dibalut dengan pembalut tidak telus dan hanya dijual kepada mereka yang berusia 18 tahun ke atas.

Bekas model fesyen, Nicole Weider menulis di lamannya, ProjectInspired.com, berkata, majalah yang popular itu “dengan tidak malu, mensasarkan kepada golongan remaja perempuan,” tetapi menegaskan dalam risalah medianya yang pembaca mereka berusia 18 tahun ke atas.

Anak Hollywood ini berkata, “Seperti ramai yang tahu, saya seorang penganut Kristian yang taat, Saya benar-benar percaya kepada Tuhan dan saya juga percaya Iblis dan musuh itu ada.

“Majalah ini penuh dengan agenda iblis kerana ia mahu membunuh dan memusnahkan hati dan minda remaja perempuan. Majalah Cosmopolitan ini hanyalah wadah untuk agenda itu.”

Dia memberitahu akhbar Christian Post, beratus-ratus gadis telah menulis kepadanya mengenai tekanan yang mereka rasai daripada majalah itu mengenai seks.

“Ada gadis remaja yang menulis kepada saya bagaimana majalah Cosmo ini memberi impak negatif kepada mereka,” katanya.

Laman change.com, satu kempen yang dimulakan tahun lepas, mempunyai tajuk “Cosmopolitan Sedang Memasarkan Petua Seks Keterlaluan Kepada Bawah Umur, Balut Cosmo Dengan Pembalut Tidak Telus dan Jual Kepada Pembaca Dewasa Saja!”

Ia mensasarkan untuk mendapatkan 50,000 tandatangan - dan setakat ini sudah berjaya mendapat 22,126 tandatangan.

Dia menulis di laman kempen itu, “Saya telah menghubungi Pengerusi FTC, John Leibowitz dan menerima surat dari pejabatnya yang mereka akan meneliti isu ini dan akan memulakan siasatan HANYA apabila mereka rasa ia “mengancam”
masyarakat.”

Model berani itu mengisytiharkan masanya sudah tiba untuk “menyerang majalah itu melalui sumber pendapatan mereka.”

“Mungkin (ketua editor Kate White) akan memberi perhatian sekiranya pihak pengiklan merasakan tidak seronok untuk melihat iklan mereka bersebelahan dengan artikel menyuruh perempuan mengadakan hubungan seks luar tabii.”

Bekas editor Cosmopolitan edisi AS, Bonnie Fuller yang menyokong pasukan Cosmo di laman Twitternya, memberitahu Huffington Post, “Berjuta wanita berusia 17 tahun membaca majalah ini tanpa mengalami perkara tidak diingini.”

Baginya kritikan mengenai kulit majalah terbaru itu “tidak berasas.”

Komennya dikongsi oleh Jurucakap Cosmopolitan, yang memberitahu Fox News, majalah itu “gembira kerana dapat menyiarkan gambar Dakota Fenning untuk isu bulan Februari dan dia kelihatan sangat jelita.

“Dakota yang masuk usia 18 tahun bulan ini, adalah seorang yang matang, berani dan kami sangat berbangga menganugerahkan dia sebagai “Wanita Berani yang Menyeronokkan” tahun ini.

Pembaca blog Nicole, satu laman untuk “gadis setia” memberi komen mengenai perjalanan kempen itu, dan ini menarik Fox News menjemput Nicole sebagai tetamunya.

Janazza menulis, “Projek Inspired akan mempunyai impak kepada editor dan penulis majalah Cosmo. Semoga Tuhan merahmatimu Nicole.”

Seorang lagi, Gabriella menulis, “Masalah minda gadis remaja yang dirosakkan oleh Cosmo ini sudah lama, dan kami sudah menghampiri sasaran untuk menghentikannya.”

Dalam laman itu, Nicole menulis bagaimana dia meninggalkan Portland, Oregon pada usia 16 tahun dan menuju ke LA di mana dia melihat “orang terkenal”
merosakkan hidup mereka dengan dadah dan berparti secara berlebihan.

Katanya, dia mahu membantu gadis remaja mengelakkan membuat kesilapan yang dilakukannya ketika meningkat dewasa dan berharap dia dapat memperbetulkan persepsi Kristian kepada pembacanya.

0 comments:

Post a Comment

Fb Like

Followers

Blogged.my