Random post

Home » » TONTON Be Careful With My Heart (MALAY SUb) [2013] Filipino Drama:Full Episod 94

TONTON Be Careful With My Heart (MALAY SUb) [2013] Filipino Drama:Full Episod 94



Terbaru di slot Telenovela, drama siri Filipina terbitan ABN-CBS, ‘Be Careful With My Heart’ menemui penonton bermula hari ini (7 Oktober 2013). Siri yang diarahkan oleh direktor Jeffrey R. Jeturian dan Mervyn B. Brondial ini menampilkan barisan pelakon seperti Jodi Sta. Maria, Richard Yap, Mutya Orquia, Janella Salvador dan Jerome Ponce.

‘Be Careful With My Heart’ berkisarkan tentang seorang gadis bernama Maya dela Rosa (Jodi Sta. Maria) yang bekerja sebagai pemandu pelancong di kampung halamannya di Ilocos Norte, Utara Filipina. Wang sering menjadi masalah utama untuk menyara hidup dan membaik pulih rumah.

Ketika hujan lebat, kakaknya, Cristina cuba membaiki bumbung rumah sebelum ditimpa kejadian tidak diingini yang mengakibat kaki Cristina cedera teruk. Dengan kos perubatan yang tinggi, Maya harus keluar dari Ilocos Norte untuk meneruskan hidup dan menampung perbelanjaan keluarga. Maya mengembara ke bandar metropolitan Manila untuk mencapai cita-cita menjadi pramugari bagi membantu keluarganya.

Maya tidak akan membenarkan sesiapa yang mahu menggagalkan impiannya, termasuklah Richard Lim (Richard Yap), seorang duda yang kaya. Ironiknya, Richard merupakan harapan terakhir Maya untuk merealisasikan cita-citanya kerana pengaruh lelaki tersebut di dalam industri penerbangan. Namun, Richard hanya akan membantu Maya jika Maya bersetuju untuk menjadi pengasuh kepada anak-anaknya.

Atas desakan keadaan, Maya terpaksa bersetuju. Apabila Maya menjejakkan kaki ke rumah istana milik Richard, beliau secara tidak langsung terlibat dengan kehidupan peribadi Richard dan tiga orang anaknya yang bermasalah, Luke, Nikki dan Abigail.

Maya merasakan pemergian isteri Richard turut memusnahkan keharmonian dan kegembiraan di dalam keluarga ini. Justeru, Maya mengambil inisiatif untuk merapatkan kembali hubungan Richard dengan anak-anaknya. Usaha dan pengorbanan gadis San Nicolas ini berjaya membina semula keluarga Lim. Pada waktu yang sama, Maya mula jatuh cinta terhadap

Richard dan amat menyayangi Luke, Nikki serta Abigail. Ketika itulah Maya diuji apabila seorang wanita muncul dan mengaku sebagai ibu kandung kepada tiga anak Richard. Apakah yang bakal berlaku selepas itu? Saksikan siri baru Telenovela ‘Be Careful With My Heart’ setiap Isnin hingga Khamis jam 3.00 petang di TV3





0 comments:

Post a Comment

Fb Like

Followers

Blogged.my