Dahri datang ke ibu kota untuk mencari abangnya, Daud selepas keluar dari kampung setahun yang lalu. Daud ke kota untuk membantu kawannya, Hitam yang dalam bahaya.
Dia berjanji akan pulang selepas masalah Hitam selesai. Namun selepas setahun, Tok Ki, bapa angkat mereka meminta Dahri membawa Daud pulang kerana bimbang Daud terpengaruh dengan budaya kuning.
Jika masalah Hitam besar, Dahri dikehendaki ikut Daud untuk membantu Hitam supaya segera selesai dan Daud dapat pulang ke kampung tetapi Dahri mengalami kesukaran untuk mengenal pasti kedudukan Daud.
Ketika berada di pondok menunggu bas, berlaku pergaduhan. Dahri membantu orang-orang Geng Puteh yang menjadi musuh kepada Geng Hitam. Budak Gergasi, orang kanan Puteh yang dibantu Dahri membawanya bertemu dengan Puteh dan Dahri ditawarkan jadi anggota geng itu.
Dahri menerima tawaran itu kerana dia diberikan tempat tinggal selain tujuan sebenarnya adalah untuk mencari Daud.

0 comments:
Post a Comment