Bunuh Diri Gara-Gara Selfie
Gara-Gara Taksub berselfie (mengambil gambar sendiri), seorang remaja, Danny Bowman, 19 dari London akhirnya mengambil keputusan membunuh diri. Beliau yang telah menghabiskan masa selama 10 jam sehari berselfie untuk mendapatkan pose yang sempurna kecewa kerana gagal berbuat demikian.
Untuk memastikan dirinya sempurna di dalam gambar, beliau sanggup berhenti sekolah, tidak keluar rumah selama enam bulan serta menurunkan berat badan sehingga 12 kilogram. Namun usahanya gagal kerana gambar-gambarnya kurang mendapat "LIKE" serta komen yang baik daripada rakan-rakan apabila dipostkan ke facebook.
Kecewa dengan "sambutan" tersebut, beliau akhirnya mengambil tindakan drastik dengan mengambil dadah secara berlebihan namun berjaya diselamatkan ibunya, Penny. Bahayakan.
Selfie Penyebab Sakit Mental
Kalau you all masih ingat dulu kita ada publishkan satu entry berkaitan dengan selfie yang antara lain menyatakan Selfie Adalah Antara Penyebab Sakit Mental. Ada yang tak percaya, tapi agak-agaknya kalau dah jadi macam ni, memang ada benarnya kan. Selfie ni boleh menyebabkan kita jadi terlalu taksub dengan diri sendiri. Bila kurang mendapat perhatian atau "LIKE" maka elemen ketidakpuasan hati akan muncul dan pada tahap kritikal boleh membawa kepada mental problem ataupun kes bunuh diri macam Danny Bowman.
0 comments:
Post a Comment