Random post

Home » » Awek Cun Jadi Pemuas Nafsu Bapa Tiri Sejak Usia 10 Tahun!

Awek Cun Jadi Pemuas Nafsu Bapa Tiri Sejak Usia 10 Tahun!

Seorang buruh yang beristeri dua dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Kuala Terengganu, semalam atas pertuduhan merogol anak tirinya sendiri yang masih di bawah umur.

Buruh berkenaan yang berusia 38 tahun, berdepan dengan empat pertuduhan merogol anak tirinya itu sejak berusia 10 tahun.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada 12 Disember 2013, kira-kira jam 4.30 petang bertempat di sebuah pondok di Kuala Berang. Ketika kejadian, mangsa berusia 10 tahun 5 bulan.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa mengulangi perbuatan yang sama pada 17 Januari lalu, kira-kira jam 5 petang, di sebuah pondok di Kuala Berang.

Bagi pertuduhan ketiga, pada 6 Februari lalu, kira-kira jam 3 pagi bertempat di sebuah rumah di Kuala Berang, tertuduh sekali lagi didakwa telah merogol anak tirinya itu manakala bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa melakukan perbuatan yang sama pada 28 Februari lalu, kira-kira jam 3 petang bertempat di dalam sebuah kereta di Kuala Berang.

Dengan itu, tertuduh didakwa telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan bagi setiap pertuduhan.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan penjara selama tidak kurang dari 8 tahun dan tidak lebih dari 30 tahun serta boleh dikenakan sebat tidak kurang dari 10 sebatan bagi setiap pertuduhan itu.

Tertuduh bagaimanapun tidak mengaku bersalah sewaktu pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris dan mohon dibicarakan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa raya, Nazlyza Mohamad Nazri

Hakim Wan Fadhilah Nor kemudiannya menetapkan 24 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM27,000.

Bagaimanapun, beliau mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan saksi kes berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

Fb Like

Followers

Blogged.my