Random post

Home » , » Hacker Wanita Yang Cantik Dan Comel

Hacker Wanita Yang Cantik Dan Comel

Apabila orang dengar je perkataan "Hacker" ataupun "Penggodam", mesti teringat lelaki. Perempuan kurang, mungkin mustahil nak jadi hacker. Berikut merupakan senarai 5 hacker wanita yang cantik dan mempunyai skill yang tidak diduga yang akan mengubah bayangan korang tu.

1. Xiao Tian


Xiao Tian adalah seorang hacker yang bergaya. Penampilan dan gaya hidupnya begitu rapi, dinamik serta feminine. Dia juga tertarik sekali dengan dunia fashion, khususnya kasut. Dalam blognya dia sering berkongsi cerita tentang tempat-tempat yang pernah dia datang. Itulah alasan mengapa Xiao mempunyai banyak fans dan pengikut di dunia, khususnya para lelaki.

Xiao Tian, mula dikenali sejak umur 19 tahun. Setelah menubuhkan China Girl Security Team, iaitu salah satu kumpulan hacker khusus wanita terbesar di china dan mengetuai sekumpulan 2,200 penggodam perempuan di China. Kumpulan penggodam wanita yang diketuainya ini pernah menggodam sistem infrastruktur Google China. Akhirnya, Google tidak tahan dan memilih untuk menarik semua perkhidmatan operasinya di China akibat hentaman hacker yang bertubi-tubi.



2. Kristina Svechinskaya


Kristina Svechinskaya adalah seorang mahasiswi New York University yang ditahan pada 2 november 2010 lalu kerana telah mencuri jutaan dollar dari beberapa bank di United Kingdom dan Amerika. Bersama 9 orang lainya, Svechinskaya berjaya hack ribuan akaun bank sebanyak 3 juta dollar.

Svechinskaya beserta pasukan awalnya menyasarkan jumlah wang yang dicurinya adalah sekitar 220 juta dollar. Svechinskaya menggunakan Zeus Trojan Horse untuk menyerang ribuan akaun bank. Dia mempunyai sekurang-kurangnya 5 akaun bank dunia untuk mencairkan dana. Dalam aksinya itu, Svechinskaya juga melakukan pemalsuan pasport dan akibatnya dia dikenakan hukuman penjara selama 40 tahun apabila dituduh bersalah.


Seperti dilihat di gambar atas, bra yang digunakan gadis cantik ini diperbuat daripada berlian. Svechinskaya juga mendapat gelaran sebagai hacker terseksi di dunia. Ya, kerana memang paparan wajah, tatapan mata dan gaya berbusana Svechinskaya membuatkan orang ramai tak berkelip.


3. Cracker Ying


Ying mengajar mengenai asas-asas menggodam, cara mengubah IP address dan memanipulasi password pejabat di Shanghai, China. Ying juga pakar membuat perisian untuk menggodam. Dalam sebuah forum yang bertajuk Chinese Hottie Hackers, namanya banyak dibahas dan itu membuat popularitinya semakin meningkat. Dalam forum tersebut dia juga mempunyai ramai peminat. Bermula dari situ lah kredibilitinya melambung.



4. Joanna Rutkowska


Joanna Rutkowska adalah seorang wanita berasal dari Poland yang tertarik dengan dunia hacking security. Namanya pertama kali dikenal setelah persidangan Black Hat Briefings di Las Vegas, 2006 Ogos. Dimana saat itu Rutkowska menerangkan proses serangan yang telah dia lakukan terhadap sistem keselamatan windows Vista. Bukan itu sahaja, Rutkowska juga pernah menyerang Trusted Execution Technology dan System Management Mode milik Intel.

Awal 2007 dia telah membentuk Invisible Things Lab di Warsaw, Poland. Sebuah syarikat yang menumpukan terhadap research keselamatan OS juga VMM serta perkhidmatan perundingan keselamatan internet. Tahun 2010 juga Rutkowska bersama Rafal Wojtczuk membentuk Qubes, sebuah Operating System yang sangat full protect security. Rutkowska juga pernah memberikan nasihat terbuka kepada Vice President of Microsoft Security Technology Unit untuk lebih memperketatkan sistem keselamatan dalam windows Vista. Rutkowska memang seorang hacker yang sangat bagus untuk diajak bekerjasama.

5. Raven Adler 


Raven Adler gemar berpenampilan gothic yang tertarik dengan dunia internet, khususnya dunia hacking. Raven adalah wanita pertama yang pernah hadir dalam persidangan hacker Defcon. Dia tidak begitu suka dipanggil dengan gelaran "Hacker Wanita". Dia lebih suka dipandang kerana skillnya.

Sehingga kini dia sedang aktif membuat design, menguji dan mengaudit sistem pengesan keselamatan untuk pelbagai agen-agen persekutuan besar. Selain itu, dia juga gemar mempelajari ilmu mempertahankan diri Jepun iaitu Ryu Shorin Matsumura.

0 comments:

Post a Comment

Fb Like

Followers

Blogged.my