Random post

Home » » Sejarah Asal Usul Permainan Chess

Sejarah Asal Usul Permainan Chess


Sejarah chess menjangkau kira-kira 1500 tahun. Permainan chess sebenarnya berasal daripada India, sebelum abad ke-6 Masihi. Dari India, permainan ini tersebar ke Parsi. Apabila orang-orang Arab menakluki Parsi, chess telah diambil oleh dunia Islam dan kemudiannya merebak ke Eropah Selatan. Di Eropah, chess berubah bentuk semasa dalam abad ke-15. Pada separuh kedua abad ke-19, permainan kejohanan chess moden bermula, dan Kejohanan Catur dunia pertama telah diadakan pada tahun 1886. Pada abad ke-20, teori chess semakin mendapat sambutan dan mengalami perkembangan serta penubuhan dari World Chess Federation (FIDE). Perkembangan dalam abad ke-21 termasuk penggunaan komputer untuk analisis, yang berasal pada tahun 1970-an dengan permainan catur 1 program di pasaran. Permainan dalam talian muncul pada pertengahan 1990-an.
Perkataan "catur ataupun chess" itu sendiri berasal dari perkataan "Chaturanga" dari bahasa Sanskrit yang bermaksud Empat Bahagian Ketenteraan.
Catur kemudian tersebar ke seluruh pelusuk dunia dengan pelbagai jenis permainan sehinggalah sampai kita kenal sekarang.
Permainan ini tersebar sehingga ke Timur Jauh dan India dan menjadi salah satu pelajaran di Persia. dibawa bersama pedagang yang menggunakan Jalan Sutra. Chaturanga masuk ke Eropa melalui Kerajaan Byzantine Persia, dan menyebar ke Arab. Kemudian, Islam pula membawa chess ke Afrika Utara, Sisilia, dan Spanyol pada abad ke-10.
Permainan ini kemudian menjadi popular di Eropah. Pada akhir abad ke-15, permainan dilarang oleh pihak gereja. Pada generasi kini, terdapat banyak buku rujukan mengenai strategi permainan, cara penggunaan jam chess.

 (Gambar sebenar abad ke-12 Lewis chessmen. Baris atas menunjukkan king, queen, dan bishop. Baris bawah menunjukkan knight, rook, dan pawn)

India
Asal-usul chess mula dikenali dengan nama "Charuranga", yang berkembang di India pada abad ke-6. Sejak awal lagi, permainan ini memerlukan 2 orang pemain. Mempunyai pergerakan permainan yang berbeza untuk setiap buah chess, kemenangan bergantung pada King, menggunakan apa sahaja strategi untuk mempertahankan King tersebut. Dalam chess kuno, papan catur memiliki 100 kotak atau malah lebih.
Pada awal abad 19, sebuah pendapat yang disampaikan oleh Kapten Hiram Cox dan Duncan Forbes menyatakan bahawa, chess dimainkan 4 orang sekaligus, termasuk empat pemain dalam Chaturanga.
Dalam terminologi Sanskrit, "Chaturanga" bermaksud "memiliki empat bahagian" dan dalam puisi lagenda kepahlawanan bererti "Tentera" Nama itu sendiri datangnya dari sebuah formasi pertempuran dalam lagenda Mahabrata yang terkenal di India. Chaturanga adalah sebuah strategi permainan perang untuk tentera India saat itu.

(Krishna & Radha bermain Chaturanga pada 8x8 Ashtāpada)

Ashtāpada, kotak 8x8 di sebuah papan merupakan tempat bermain Chaturanga. Papan lain yang terkenal di India adalah Dasapada 10x10 dan Saturankam 9x9.
Ilmuwan Arab Abu al-Hasan ‘Alī al-Mas’ūdī memberi penjelasan tentang penggunaan catur sebagai sebuah alat strategi ketenteraan, matematik, perjudian dan hubungan dengan ramalan nasib di India.
Mas'ūdī mencatatkan bahawa gading di India terutamanya digunakan untuk pengeluaran kepingan catur dan backgammon. Beliau menegaskan bahawa permainan telah diperkenalkan ke Parsi dari India, bersama buku Kelileh va Demneh, semasa pemerintahan maharaja Nushirwan.

(Iranian Shatranj set, glazed fritware, 12th century. New York Metropolitan Museum of Art)

Kemudian terjadilah evolusi pada permainan Chaturanga yang dikenali dengan nama Shatranj (Chatrang), yakni sebuah permainan dengan dua orang pemain yang kekalahan disebabkan checkmate atau menemui jalan buntu dan kemenangan ditentukan melalui memakan setiap buah chess (kecuali King) atau melalui penaklukan terhadap raja lawan.
Beberapa buah chess India tersebut seperti Rook, Knight, Bishop telah dinamakan semula dengan perkataan lain seperti Boat, Horse, Elephant ataupun Elephant Horse dan Camel. Tetapi pergerakan masih sama.

Timur Tengah
Karnamak-i Ardeshir-i Papakan, sebuah risalah lagenda Pahlavi mengenai pengasas Empayar  Sassanid Persian memperkenalkan permainan Chatrang sebagai salah satu cara agar rakyat mengenangnya sebagai seorang pahlawan legenda. Catatan tertua tentang permainan ini dibuat pada abad ke-10 yang dimainkan diantara seorang sejarawan Baghdad dan muridnya.
Pada abad ke-11, Shahnameh dan Ferdowsi datang pada seorang Raja India untuk menggambarkan kembali peperangan di papan chess. Kisah ini diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris berdasarkan manuskrip dari museum British.
"Suatu hari seorang duta besar Raja Hindu telah datang ke persidangan Persia di Chosroes, dan setelah beramah mesra, duta besar itu mempersembahkan sebuah papan catur yang diperbuat dari kayu eboni dan gading.
Lalu melontarkan tentangan: “Oh raja yang besar, temukanlah orang-orang terpandai dan terbijak untuk memecahkan misteri permainan ini. Jika mereka berjaya, kami Raja Hindu akan memberikannya gelaran. Namun jika ia gagal hal itu membuktikan tingkat kepandaian penduduk Persia lebih rendah dan kami akan meminta petunjuk dari Iran.”

Utusan itu kemudian menunjukkan papan catur yang ia bawa. Sehari kemudian, setelah berpikir keras, Bozorgmehr, berhasil memecahkan misteri itu dan kemudian mendapat gelaran seperti yang dijanjikan."

 (Manuskrip Parsi dari abad ke-14 menggambarkan bagaiman seorang duta besar dari India yang membawa catur kepada mahkamah Parsi.)

Eropah
Charunga memasuki Eropah melalui Persia, seiring penyebaran pengaruh Kerajaan Byzantine dan perluasan Arab. Chess sudah pun memasuki Eropah Selatan sejak milenium pertama.
Pihak tentera akan memperkenalkan chess apabila berjaya menakluki setiap kawasan jajahannya seperti penaklukan Norman Conquest of England dan menjadikan chess semakin popular dari Eropah Utara.
Nilai sosial menjadi kelebihan permainan ini. Pada masa dulu, permainan ini dikaitkan dengan kehormatan dan kebudayaan tinggi sehingga beberapa papan chess diperbuat dari bahan istimewa dan mahal. Populariti chess semakin bertambah di masyarakat Barat antara abad 12 sampai 15 M. Pada masa itu buku chess biasanya ditulis dalam bahasa Latin.
Sewaktu perkembangan chess di Eropah, permainan ini dikaitkan dengan gaya hidup kesatria. Peter Alfonsi dalam bukunya Disciplina Clericalis, memasukkan chess ke dalam tujuh keahlian yang harus dimiliki oleh seorang kesatria.

 (Knights Templar bermain chess, Libro de los juegos, 1283)
Ia juga melambangkan kedudukan catur di khazanah seni diraja. Raja Henry I, Raja Henry II dan Raja Richard I dari Inggeris merupakan penaung catur pada masa itu. Raja-raja lain yang mendapat status yang sama adalah Raja Alfonso X Spanyol dan Raja Ivan IV dari Rusia.

Ketika gereja mengeluarkan larangan permainan chess terhadap masyarakat. Saint Peter Damian mengumumkan permainan ini memberi kesan buruk bagi masyarakat. Bishop Florence pula mempertahankan dirinya dengan mengisytiharkan bahawa kemahiran catur yang terlibat "tidak seperti permainan lain," dan hujah-hujah yang sama yang diikuti dalam abad yang akan datang.

Pada abad ke 12, buah catur mulai tetap, menjadi raja (king), ratu (queen), gajah/patih (bishops), kuda (knights) dan benteng (rooks). Pawn mulai dihubungkan dengan pasukan tentera.
(Jadual perbezaan sebutan bagi setiap buah chess dari pelbagai bangsa)
Pada abad pertengahan, permainan ini berjalan lama, bahkan ada permainan yang baru selesai setelah diadakan berhari-hari lamanya. Peraturan tentang pembatasan waktu baru mulai diperkenalkan tahun 1300 AD. Pergerakan pawn boleh melangkah dua kotak ke hadapan semasa permulaan pergerakan juga diperkenalkan.

Pada tahun 1475 AD terjadi evolusi permainan chess mulai diperkenalkan konsep promosi pawn yang boleh berubah menjadi Queen serta Castling.
 (Karya buku Gioacchino Greco)

Seorang pemain Itali, Gioacchino Greco, yang dianggap sebagai salah satu pemain professional pertama. Beliau membuat analisis dan menulis buku mengenai illustrasi strategi chess yang berbeza. Karya ini membuat catur menjadi permainan popular serta mulai menunjukkan banyak teori mengenai taktik dan strategi permainan ini.

Karya pertama yang memuatkan pelbagai strategi dan kombinasi kemenangan ditulis oleh François-André Danican Philidor dari Perancis yang dianggap sebagai pemain catur yang terbaik di dunia selama hampir 50 tahun, dan diterbitkan dalam abad ke-18. Beliau menulis dan menerbitkan L'Analisis des échecs (Analisis Catur), Buku berpengaruh yang muncul dalam lebih daripada 100 edisi.
Era Moden
Pertandingan chess mula diperkenalkan pada tahun 1834 dan pad tahun 1851, London Chess Tournament mula memperkenalkan batas-batas waktu bagi setiap pemain.

Ketika pertandingan, pemain sering mengambil masa yang lama untuk menggerakkan buah. dan seorang pemain telah mengambil sebanyak 2 jam dan 20 minit berfikir untuk menggerakkan satu buah semasa London Chess Tournament.

Pada tahun berikutnya chess pantas iaitu perlawanan chess dalam masa 5 minit telah diperkenalkan. Namun yang popular adalah pemain dibenarkan untuk menggerakkan buah chess sebanyak 30 kali dalam masa 2 jam. Terdapat seorang pemain yang gagal mengikut peraturan itu dikenakan penalti.
Pada tahun 1861 pertandingan chess dengan masa yang ditetapkan mula dimainkan di Bristol, England. Alat yang digunakan adalah jam pasir. Kemudian, jam pasir telah digantikan dengan jam moden pada awal abad ke-19.

0 comments:

Post a Comment

Fb Like

Followers

Blogged.my