Random post

Home » » Aksi ghairah dalam hutan..

Aksi ghairah dalam hutan..

 

JELEBU: Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan membongkar kewujudan satu markas maksiat dan perjudian di sebuah tapak perkhemahan yang dilengkapi bekalan air, tandas, dapur serta pentas di Hutan Simpan Kenaboi, di sini, kelmarin.
Kawasan seluas hampir setengah padang bola, lengkap dengan susunan pondok yang teratur air dan tiga bangsal besar serta tandas berlantaikan simen.
Beberapa tin minuman dipenuhi peluru dipercayai bahan untuk membidik sasaran turut ditemui di kawasan 
berkenaan.



Penolong Pengarah Silvikultur, Jabatan Perhutanan negeri, Nor Zaidi Jusoh berkata, pihaknya percaya tapak yang dikunjungi kumpulan antara 30 hingga 40 orang pada hujung minggu itu dibina sudah sejak setahun lalu.

“Kami memperoleh maklumat hasil risikan polis berkaitan pencerobohan hutan simpan dan aktiviti tidak bermoral termasuk judi dan seks bebas di kawasan itu.


0 comments:

Post a Comment

Fb Like

Followers

Blogged.my