
Apakah dia pengumuman itu? Pastinya mereka akan membuat pengumuman pasal perancangan pernikahan. Cerita pasal hubungan mereka bukan lagi rahsia. Hanya menunggu pengumuman rasmi sahaja. Tak tahulah kut-kut pengumuman pasal filem mereka.

SEMOGA DIJAUHI CABARAN MENJELANG HARI BAHAGIA.
Mangga Online juga tumpang gembira. Baik Yusry atau Lisa tidak pernah menafikan menjalin hubungan istimewa, tapi bila bercakap pasal perancangan perkahwinan, mereka mahumendahulukan keluarga.
Tidak lama dulu kecoh bila ada media yang menyiarkan laporan kononnya Yusry membuat pengakuan merancang mengahwini Lisa pada tahun depan.
Tapi pihak KRU kemudiannya membuat penafian mengatakan perkara itu timbul kerana salah tafsiran. Apatah lagi pada masa itu keluarga kedua-dua belah pihak belum membuat sebarang keputusan.
Kepada peminat Lisa dan Yusry tunggulah pengumumannya esok. Dijangkakan mereka akan membuat pengumuman tarikh perkahwinan yang dirancang tahun depan. Tunggu ya. Mangga Online akan segera menyiarkan berita terkini selepas pengumuman pasalnya dibuat.
0 comments:
Post a Comment