MESKIPUN Safiq Rahim masih belum memulakan tempoh percubaannya di Queens Park Rangers (QPR), pemain tengah Selangor itu dianggarkan bernilai RM1.4 juta sekiranya berjaya menandatangani perjanjian dengan pasukan The Hoops itu.
Menurut laporan laman sesawang eyefootbal.com, kelab QPR itu dilihat mahu membuat kejutan dengan memasuki pasaran bola sepak Asia apabila menunjukkan minat mendapatkan khidmat kapten skuad Malaysia yang terkenal dengan ketajaman permainannya, terutama ketika berjaya menjaringkan gol hasil sepakan percuma ketika bertemu Liverpool, Julai lalu.
Pengerusi dan pemilik QPR, Tony Fernandes sebelum ini dilaporkan ingin meningkatkan nilai komersial kelab tersebut dengan membawa masuk pemain dari rantau Asia.
Seperti diketahui umum, amat sukar untuk pemain Malaysia atau Asia Tenggara menembusi pasaran Liga Perdana Inggeris (EPL) kerana pihak imigresen di United Kingdom mensyaratkan pemain yang mahu bermain dengan kelab di negara itu mestilah datangnya dari negara di ranking 70 terbaik dunia.
0 comments:
Post a Comment