Random post

Home » » NAMA 'MUHAMAD' POPULAR DI EROPAH

NAMA 'MUHAMAD' POPULAR DI EROPAH





MOHAMMED' atau variasi dari nama Nabi Muhammad SAW telah menjadi pilihan yang paling popular untuk nama bayi lelaki di empat bandar besar Belanda. Pertubuhan keamanan sosial negeri tersebut mendapati nama-nama tradisional Belanda kurang diminati sekarang ini. Hal ini dilaporkan berlaku di Amsterdam, Rotterdam, Den Hag dan Utrech sebagai wilayah berkembangnya umat Islam.

Di Den Hag, variasi dari nama nabi Muhammad SAW telah naik ke tempat pertama, kedua dan kelima menjadi nama paling popular pada anak lelaki, menggantikan nama-nama tradisional kegemaran seperti Jan, Luuk, Gijs atau Daan. Di peringkat antarabangsa, nama Muhammad kini menduduki tempat ke 16 untuk nama anak lelaki paling popular.

Angka-angka yang diperolehi oleh Bank Insuran Sosial Belanda, berbeza dari statistik rasmi yang dilaporkan sebelum ini, dilihat dari pelbagai ejaan seperti Mohammed, Muhamed atau Muhammad, sebagai nama-nama yang berbeza. Statistik kerajaan sebelumnya, memisahkan perbezaan variasi nama, bagi menghindari kontroversi nama Nabi Muhammad yang masuk dalam 20 nama paling ramai nama digunakan.

Sementara itu di London beberapa tahun lalu, nama Muhammad pernah disebut-sebut bakal mengambil alih nama Jack sebagai nama anak lelaki paling popular di Britain berikutan kadar kelahiran tinggi di kalangan keluarga Islam. Laporan daripada Pejabat Statistik Kebangsaan berkata kadar kelahiran tertinggi ialah di kalangan pendatang berketurunan Pakistan dan Bangladesh.

Akhbar The Telegraph melaporkan, Jack adalah nama kanak-kanak lelaki paling popular masa itu, dipilih pada seramai 6,928 bayi. Muhammad mengambil alih kedudukan Thomas di tempat kedua dengan 5,991 bayi. 

Profesor hubungan etnik di Universiti Warwick, Muhammad Anwar, berkata:
"Ibu bapa Muslim mahu mempunyai sesuatu yang menunjukkan kaitan dengan agama. Penduduk Islam pada umumnya masih muda dan anda dapat menjangkakan kadar kelahiran tinggi."

Pendatang dari timur Eropah dikatakan turut membantu menambah bilangan penduduk, yang dijangka mencecah sehingga 65 juta menjelang 2017 , iaitu berlaku pertambahan sebanyak lima juta. Menurut berita Bernama, 'menjelang 2031, penduduk Britain dijangka melebihi 70 juta.'

Minggu lalu Geert Wilders pimpinan sayap kanan Parti Kebebasan Anti Islam, meminta kerajaan Belanda menangani masalah apa yang disebut' seperlima dari Negara Kesatuan Eropah diramalkan umat Islam akan menjadi majoriti pada tahun 2050. Statistik rasmi kini menunjukkan masyarakat Eropah sedang mengalami peningkatan imigran dan tren pertumbuhan yang tinggi dari umat Islam.

Pada tahun 2008 hanya 5% dari jumlah penduduk Kesatuan Eropah adalah Muslim. Namun rendahnya kadar kelahiran penduduk Eropah telah mengakibatkan meningkatnya pertumbuhan umat Islam yang merupakan penduduk imigran dari negara-negara Muslim. Kajian terbaru ini telah menunjukkan ketakutan dan kebimbangan terhadap anak muda Islam semakin besar.

Jadi nama Muhammad juga merupakan nama paling popular di dunia. Hal ini dengan pantas menjadikan nama itu popular di AS dan Eropah. Dilaporkan nama Muhammad menjadi nama bayi lelaki kedua popular di Eropah. Secara keseluruhan nama Muhammad adalah nama keluarga yang paling umum di antara nama yang sering dipakai pada keluarga Muslim di seluruh dunia.

0 comments:

Post a Comment

Fb Like

Followers

Blogged.my