Seperti yang dijangka, hari pertama tayangan filem
adaptasi novel, Ombak Rindu terbitan Alaf 21, Kumpulan Media Karangkraf, mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada peminat yang setia menantikannya.
Bagaimanapun, tidak semua berpeluang menyaksikan filem ini kerana kehabisan tiket di pawagam. Sehingga ada segelintir antara mereka meluahkan rasa kecewa di beberapa laman sesawang kerana tidak dapat menonton filem itu.
Membariskan pelakon tersohor seperti Maya Karin, Aaron Aziz dan Lisa Surihani, pengarah- nya, Osman Ali ternyata terkejut dengan sambutan yang diterima.
“Alhamdulillah, seperti yang diberitahu pihak pawagam, sambutan daripada penonton sangat memberangsangkan pada hari pertama tayangan filem ini, kelmarin.
“Memang tidak disangka, tiket tayangan untuk semua waktu habis dijual tidak sampai petang sekali gus membuktikan filem ini benar-benar ditunggu-tunggu peminat.
“Saya juga difahamkan bahawa selepas tamat sahaja setiap tayangan, tepukan dan sorakan penonton yang teruja dengan filem ini memecah kesunyian pawagam,” katanya.
Ketika ditanyakan mengenai jumlah kutipannya, Osman berkata, masih terlalu awal untuk mengetahuinya.
“Setakat ini, pihak pawagam memberitahu kami jumlah hasil jualan tiket untuk hari pertama tayangannya ialah RM750,000.
“Kami berharap Ombak Rindu dapat mengatasi jumlah kutipan filem lain. Namun saya tidak mahu meletakkan jumlah sasaran kutipannya.
“Jika filem ini mendapat sambutan di luar jangkaan sehingga ke akhir taya-ngannya nanti, saya anggap ia sebagai satu kejayaan dan memantapkan lagi pengarahan saya selepas ini,” katanya.
Bagaimanapun, tidak semua berpeluang menyaksikan filem ini kerana kehabisan tiket di pawagam. Sehingga ada segelintir antara mereka meluahkan rasa kecewa di beberapa laman sesawang kerana tidak dapat menonton filem itu.
Membariskan pelakon tersohor seperti Maya Karin, Aaron Aziz dan Lisa Surihani, pengarah- nya, Osman Ali ternyata terkejut dengan sambutan yang diterima.
“Memang tidak disangka, tiket tayangan untuk semua waktu habis dijual tidak sampai petang sekali gus membuktikan filem ini benar-benar ditunggu-tunggu peminat.
“Saya juga difahamkan bahawa selepas tamat sahaja setiap tayangan, tepukan dan sorakan penonton yang teruja dengan filem ini memecah kesunyian pawagam,” katanya.
Ketika ditanyakan mengenai jumlah kutipannya, Osman berkata, masih terlalu awal untuk mengetahuinya.
“Kami berharap Ombak Rindu dapat mengatasi jumlah kutipan filem lain. Namun saya tidak mahu meletakkan jumlah sasaran kutipannya.
“Jika filem ini mendapat sambutan di luar jangkaan sehingga ke akhir taya-ngannya nanti, saya anggap ia sebagai satu kejayaan dan memantapkan lagi pengarahan saya selepas ini,” katanya.
0 comments:
Post a Comment