Seorang pegawai kanan tentera Iran berkata, pihaknya menembak jatuh sebuah dron kawalan jauh yang dikendalikan tentera Amerika Syarikat di timur negara itu.
Beliau berkata, Unit Perang Elektronik Tentera Iran berjaya mensasarkan pesawat tanpa juruterbang RQ-179 Sentinel buatan Amerika Syarikat itu selepas ia memasuki ruang angkasa Iran di sempadan dengan Afghanistan.
Menurutnya, dron itu yang mengalami kerosakan kecil, dirampas.
Pesawat RQ-170 itu direka dan dibuat oleh Syarikat Lockheed Martin.
Tentera Amerika Syarikat dan CIA menggunakan dron seumpama itu untuk melancarkan serangan udara di Afghanistan dan barat laut Pakistan.
Pegawai yang namanya tidak didedahkan itu juga berkata: “Memandangkan pencerobohan sempadan itu jelas, tindakan operasi dan elektronik yang diambil oleh Tentera Republik Islam Iran terhadap pesawat yang menceroboh tidak akan terhad kepada kawasan sempadan Iran saja.” Sementara itu, tentera Nato berkata, pihaknya hilang kawalan terhadap sebuah dron pengintip yang terbang di ruang angkasa Afghanistan dan ia mungkin yang sama dengan yang ditembak jatuh oleh tentera Iran.
0 comments:
Post a Comment