Random post

Home » » Do Re Mi (1966)

Do Re Mi (1966)


Do, seorang yang tidak mempedulikan hal rumahtangga dan banyak berhutang, telah menipu mertuanya untuk mendapatkan wang. Do dan isterinya kemudian berpisah akibat tidak sehaluan. Do mengembara ke kota untuk memulakan hidup baru. Re pula mempunyai seorang isteri yang bekerja di kelab malam, sementara dia sendiri menguruskan hal rumahtangga.

Akibat kecuaian Re yang menyebabkan wang isterinya dicuri, dia dihalau keluar 
dari rumah dan membawa diri mencari kerja di kota. Mi, seorang bujang yang meminati gadis yang tinggal berhadapan rumahnya, sering bertuah kerana gadis tersebut sudi meminjamkan wang kepadanya yang tidak bekerja. Ketika Mi keluar mencari pekerjaan, dia telah menolong mengejar pencuri yang merampas beg tangan seorang wanita.

Do dan Re yang sedang mencari kerja di pejabat buruh mendengar jeritan wanita tersebut, lalu mengejar Mi yang sedang berlari, kerana menyangka dia adalah pencuri itu. Sejak itu, mereka bertiga berkawan rapat dan berlaku pelbagai perkara lucu. 
 
 

0 comments:

Post a Comment

Fb Like

Followers

Blogged.my