Random post

Home » » 3 Muhammad Menggegar Dunia

3 Muhammad Menggegar Dunia





Assalamualaikum... Oleh kerana saya masih sibuk untuk menyiapkan buku ini, jadi saya cuba ambil sebahagian isi daripada buku tersebut untuk dijadikan artikel dalam blog FOM... Selamat Membaca....! ~Salam Ikhlas, Mr One. (isi kandungan artikel ini tidak diolah sebaiknya kerana buku 3 Muhammad belum diterbit dan siap sepenuhnya)
Kedatangan Yang Ditunggu-tunggu
Lahirnya manusia yang ditakdirkan hidupnya menggegar dunia untuk menyerlahkan cahaya keimanan di dalam dunia kegelapan yang diselubungi dengan kebatilan. Kerasulan baginda diketahui oleh sesetengah orang seperti (raja Yaman), dan golongan ahlil kitab. Namanya disebut dalam kitab-kitab agama seperti Hindu, Kristian, dan Yahudi.
Diceritakan ketika Abdul Mutalib dan bangsawan-bangsawan Quraisy yang lain mengunjungi Yaman untuk mengucapkan tahniah kepada Raja Saif Zu-Yazin setelah menewaskan Habsyah dengan bantuan Parsi.Tetapi raja tersebut mengatakan akan lahirnya seorang pemimpin dari Tihamah(Mekah) dan di antara dua belikat ada syamah[tahi lalat besar yang dikelilingi oleh rambut], maka dia akan menjadi pemimpin besar sehingga kiamat. Mendengar kata-kata Zu-Yazin, Abdul Mutalib terus sujud kegembiraan kerana ciri-ciri tersebut terdapat pada cucunya, Muhammad. 

Dalam Torah(Taurat yang dipalsukan) terdapat ayat yang mengatakan: “The Lord came from Sinai, and rose up from Seir unto them; he shined forth from Paran, and he came with 10,000 of Saints” (Book of Deotoronomy 33:2)
Ayat di atas jelas menerangkan bahawa cahaya kebenaran datang daripada tiga arah iaitu Sinai, Seir dan Paran. Apa yang dimaksudkan Sinai ialah Gunung Sinai yang menjadi tempat Nabi Musa menerima pengutusan dengan kitab Tauratnya di Gunung Sinai. Seir adalah bandar kira-kira 1 ½ km dari Bethlehem yang kini dikenali sebagai Bait Shair. Bethlehem adalah tempat Nabi Isa dan kitab Injil muncul. Adapun tentang Paran, Torah sendiri pernah menceritakan perihal Nabi Ibrahim menempatkan isterinya, Hajar serta anaknya Ismail di suatu tempat yang sunyi sepi, iaitu Padang Pasir Paran.
And he dwelt in the wilderness of Paran: and his mother took him a wife out of the land of Egypt.
(Genesis 21:21)
Ahli geografi menegaskan bahawa Paran merupakan kawasan yang terdapat di antara gunung di Mekah iaitu Abu Qubais, Quiqaan dan Hira’. Terdapat sebahagian sarjana mengatakan bahawa Jabal-Nur itu sebenarnya gunung Paran. Mengenai “10,000 of Saints” itu, Prof. David Benjamin Keldani (kini Abdul Ahad Daud) mengatakan bahawa ianya ditujukan khas kepada jumlah pengikut Muhammad SAW yang menakluki Mekah pada tahun 8 H.
Pada tahun 1935, Dr. Pran Nath menerbitkan artikel di dalam Times of India yang menunjukkan bahawa Rig Veda mengandungi peristiwa-peristiwa mengenai raja-raja Babilonia dan Mesir dan peperangan-peperangan mereka. Selanjutnya, beliau menunjukkan bahawa seperlima daripada Rig Veda adalah berasal daripada Kitab-kitab Babilonia. Dari sudut pandangan Muslim adalah mungkin bahawa penganut Hindu telah diwahyukan kitab atau kitab-kitab yang mengandungi cerita mengenai perjuangan Nabi-nabi Allah yang telah diutuskan kepada kaum-kaum lain yang terdahulu. Adalah mungkin juga bahawa ulasan-ulasan yang ditulis mengenainya telah digabungkan dan kemudiannya menjadi sebahagian daripada kitab-kitab yang diwahyukan. 

Terdapat beberapa contoh seperti ini di dalam kitab-kitab Hindu. Atharva Veda juga dikenali sebagai 'Brahma Veda' yang bermaksud Ilmu Suci. Analisa ke atas Veda menunjukkan bahawa 'Brahma' sebenarnya adalah Abraham (Ibrahim), di mana huruf A di dalam Abraham telah dipindahkan ke belakang untuk menjadikannya Brahma. Analisa ini tepat apabila seseorang menulis dua perkataan di dalam huruf Arab, di mana Bahasa Arab adalah bahasa yang mirip kepada bahasa yang dituturkan oleh Nabi Ibrahim. Begitu juga, isteri pertama Ibrahim, iaitu Sarah, disebut di dalam Veda sebagai Saraswati, dan Nabi Nuh disebut sebagai Manuh atau Manu. Segolongan Pandit menganggap Athrva Veda sebagai Buku Ibrahim. Nabi Ismail dan Nabi Ishak dinamakan Atahrva dan Angira, masing-masing di dalam Veda.Ramalan tentang Nabi Muhammad di dalam Purana:
"Seorang Malechha (dari negara asing dan bertutur dalam bahasa asing) yang merupakan guru kerohanian akan muncul bersama-sama sahabat-sahabatnya. Namanya adalah Mahamad..." 

(Ayat 5 Bhavishya Puran, Prati Sarg Bahagian III:3,3) 

Juga di dalam Purana: 
"Seorang Malechha (dari negara asing dan bertutur dalam bahasa asing) yang merupakan guru kerohanian akan muncul bersama-sama sahabat-sahabatnya. Namanya adalah Mahamad. Setelah Raja (Bhoj) memandikan Mahadev Arab (dengan keperibadian seperti malaikat) ini, dia mempersembahkan kepadanya hadiah sebagai tanda ketaatannya yang ikhlas dan tanda penghormatannya dan berkata, 'Aku patuh kepadamu'. 'Wahai engkau, kebanggaan manusia, penghuni Arabia. Kau telah mengumpulkan kekuatan yang besar untuk membunuh Syaitan dan kau sendiri telah dilindungi daripada penentang-penentang malechha (penyembah berhala). Wahai engkau, yang merupakan gambar Tuhan Yang Maha Suci, Tuhan yang terbesar, aku adalah hambamu, terimalah aku yang tunduk di kakimu."

"Malechha telah memijak tanah Arabia yang masyhur. Arya Dharma tidak akan ditemui di negara itu. Sebelum itu telah muncul seorang roh jahat yang terseleweng yang telah kubunuh [nota: contohnya Abrahah Al-Ashram, gabenor Yaman yang menyerang Mekah]; dia kini muncul lagi dan dihantar oleh musuh yang gagah. Untuk menunjukkan musuh-musuh ini ke jalan yang benar dan membimbing mereka kepada Mahamad (Muhammad) yang dikenali, yang telah kuberi nama julukan Brahma dan berusaha keras untuk membawa golongan Pishacha ke jalan yang benar. Wahai Raja! Kau tidak perlu pergi ke negara Pishacha yang tolol, kau akan disucikan melalui kemurahan hatiku di tempat kau diam. Pada waktu malam, dia yang seperti malaikat, manusia yang licik, yang menyamar sebagai Pishacha berkata kepada Raja Bhoj: "Wahai Raja! Arya Dharma mu telah menang mengatasi agama-agama lain, tetapi menurut perintah 'Ashwar Parmatma (Tuhan, Roh Yang Tinggi), aku akan melaksanakan rukun yang kuat daripada golongan pemakan daging. Pengikut-pengikutku terdiri daripada lelaki yang telah disunatkan, tanpa ekor (di kepalanya), menyimpan janggut, melancarkan revolusi, mengumumkan panggilan sembahyang dan memakan semua yang halal. Dia akan memakan semua jenis binatang kecuali khinzir. Mereka tidak akan mencari kesucian dari pohon suci, tetapi disucikan melalui peperangan. Kerana mereka menentang bangsa-bangsa yang tidak beragama, mereka akan dikenali sebagai Musalman (Muslim). Aku akan menjadi pengasas agama golongan yang memakan daging ini." 

(Bhavishya Puran:Prati Sargh Part III:3,3,5)
Di dalam Kuntap Sukt (Antharva Veda):
"Dia memberikan kepada Rishi Mamah seratus keping wang emas, sepuluh kalungan, tiga ratus ekor kuda dan seribu ekor lembu" 

Perkataan akar kepada perkataan Mamah adalah Mah yang bermakna yang disanjung tinggi, dihormati, disegani, dibesarkan dan bertaraf tinggi. Perkataan "Muhammad" di dalam bahasa Arab bermaksud "yang dipuji". Di dalam bahasa Sanskrit, banyak nama-nama Muslim yang digunakan dengan sedikit pengubahsuaian. Contohnya, 'Mahmud' Ghaznavi yang memerintah sebahagian daripada India, dipanggil dengan nama 'Mamud' Ghaznavi. Oleh itu, Mamah adalah sinonim dengan Muhammad apabila makna keseluruhan ayat tersebut dipertimbangkan.
Di dalam agama Hindu, perkataan Rishi bermaksud guru ilmu mistik atau Nabi, dan mungkin juga seorang yang tinggi tarafnya. Kelihatannya perkataan ini diterbitkan daripada nama Nabi Idris dengan huruf pertama 'i' dipindahkan ke penghujung perkataan, sama seperti nama Abraham dan Brahma, dan huruf 'd' digugurkan seperti mana Mamah (Muhammad, yang diterbitkan daripada huruf akar h, m dan d). 

Seratus keping wang emas merujuk kepada sahabat-sahabat awal Nabi Muhammad, yang mana lapan puluh daripada mereka berhijrah ke Habsyah untuk melepaskan diri daripada penindasan yang tidak tertanggung. Di dalam Shatpath Brahmana yang merupakan ulasan yang diwahyukan ke atas Yajur Veda, emas adalah digunakan sebagai metafora untuk kuasa spiritual manusia yang tinggi. 

Sepuluh kalungan merujuk kepada sepuluh sahabat Nabi Muhammad yang paling rapat yang diberikan berita gembira mengenai syurga oleh Nabi. Umat Islam mengenali mereka sebagai 'Ashra-i-Mubbashshara'. Mereka adalah Abu Bakar (r.a.) , 'Umar, 'Uthman, 'Ali, Talha, Zubair, 'Abdul Rahman bin Auf, S'adbin Abi Waqqas, Sa’d bin Zaid, dan Abu 'Ubaidah. Mereka adalah orang-orang yang disebut di dalam Veda sebagai Dash ashrijah - 'sepuluh jambangan bunga dari syurga'. 

Tiga ratus ekor kuda yang bagus (dari baka Arab) merujuk kepada sahabat-sahabat Nabi Muhammad yang berjuang di Badar. (Bilangannya yang tepat adalah 313, tetapi dalam kebanyakan ramalan angka ini digenapkan). Perkataan Sanskrit Arvah bermakna kuda Arab yang pantas, terutamanya yang digunakan oleh golongan Asura (bukan Arya). 

Sepuluh ribu ekor lembu merujuk kepada sepuluh ribu sahabat yang mengiringi Nabi semasa pembukaan Mekah. Perkataan Sanskrit 'go' diterbitkan daripada gaw yang bermakna pergi berperang, dan digunakan bagi kedua-dua kerbau dan lembu. Di dalam Veda, kerbau atau lembu digambarkan sebagai simbol peperangan, keamanan dan persahabatan. Kita dapati kedua-dua sifat ini pada sahabat-sahabat Nabi Muhammad. Mereka adalah manusia yang beriman dan pemurah seperti lembu, dan kuat serta perkasa dalam memastikan keamanan dan keadilan.Inilah sebab orang-orang Hindu menganggap lembu sebagai haiwan suci padahal istilah zaman purba Avestan-Sanskrit 'lembu' bermaksud 'orang suci' atau sahabat orang suci.[1]
Di dalam The English Version of the Authorised Version of the Bible ada bab Song of Solomon ayat 16 disebutkan, “His mouth is most sweet: yea, he is altogether lovely (Mahamuddim), This is my beloved and this is my friend, O daughters of Jerusalem.”
Perkataan Mahamuddim di atas merujuk kepada Mahamad yang mulia atau Mahamad yang terpuji. Perkataan itu (Mahamuddim) sebenarnya berasal daripada Bible dalam bahasa Hebrew.

0 comments:

Post a Comment

Fb Like

Followers

Blogged.my